Friday, 20 April 2018

Cara Didik Anak Bertudung


Bagaimana nak didik anak bertudung?
Didiklah ketika usianya masih muda. Waktu ni, kainnya masih putih lagi. Belum banyak warna lain yang di conteng. Perlu tegas, tapi tidak keras!
Ibu dan bapa kene banyak bersabar melayan karenah. Usaha pun kene berkali ganda. Opcos kte nak terbaik untuk anak kte kan?
Jadi didiklah secara berhemah, lembut dan manja namun terselit ketegasan dalam bicara.

1. Kenapa pakai tudung?
Kongsi sebab musabab kenapa perempuan kene pakai tudung. Mulakan seawal usia 2-3 tahun.
Mereka mudah menerima apa sahaja jawapan yang berkait dengan Allah. Bole cuba gunakan ayat di bawah. Insya Allah hati mereka mudah terima. Malah seronok lagi ade.
"Wanita/perempuan perlu bertudung kerana Allah sayang".

2. Step by Step
Nama pun kanak kanak kan? Jadi jangan dipaksa. Kte hendaklah berlembut dari mereka. Biar lembut dari lidah bila berbicara. Doakan mereka sentiasa, agar terbuka pintu hatinya.
Mulakan step by step. Sebagai pengenalan bole ajar mereka bertudung setiap Jumaat. agak dah selesa, tambah waktu pula. bole cuba pulak waktu jalan jalan hujung minggu bersama keluarga.
Haaa dapat tak?

3. Selalu puji
Lumrah manusia suka puji pujian. Anak kecil pun tak terkecuali. Lagi lagi anak perempuan. Tersimpul simpul kalo dipuji cantik macam Princess kan?
Jadi pujilah mereka ketika mereka bertudung atau ketika buat kebaikan lain. Ransang positif energi dorang.
Mungkin, bole cakap mereka nampak lebih manis dari Princess, kan? hehehe

4. Jadi Contoh
Anak mudah terikut ape yang kte buat. Selalu marah marah. Anak pun akan mudah bengis. Selalu ketawa, anak akan berlebih manjanya dengan kte.
Jadi untuk mengajar anak bertudung, kte sendiri sebagai ibu wajib jugak bertudung. Anak anak lebih percaya apa yang mereka lihat. Malah kajian juga menunjukkan isyarat visual adalah perkara yang paling berkuasa mempengaruhi otak manusia.
Mulakan tauladan yang baik buat mereka. Insya Allah niat yang baik, Allah permudahkan.

5. Beri Galakan
Jika pergi shopping mall, singgah ke kedai tudung bersama si cilik. Biar mereka pegang, mereka cuba dan mereka pilih. Barulah dorang ade feel.
Kalo tak sempat, beli je online. But still, biarkan anak buat pilihan. Tunjuk pada anak design dan kaler yang menjadi pilihan.
Camtu barulahh sonok dorang 

Like, Komen & Share untuk beri manfaat pada ibubapa lain.


p/s: kalo suke tudung si cilik pakai ni, uolss bole terus picit link bawah ni. 
kak leha terus bagi harga confirm beli






-Zaleha Everlynn-

Post a Comment