Wednesday, 18 April 2018

INNER YANG SESUAI IKUT BENTUK WAJAH




Dulu kala kte panggil serkup je. 
Skang serkup ni, dah macam macam nama.

Dulu kala, warna die putih dengan hitam je. Kekadang ade warna cokelat jugak. Tapi skang, tak terbilang warnanya. Sebut je. Insya Allah semua ade. Tinggal uolss nak bayar je.kiikiii

Dulu pesen die sarung je. Takde nak piker melekap di dahi. Nak muncung 2 kaki. Nak berlapik kat dagu lagi. Skang, you name it bebeh. All is ready. Hihihih.

Jom kte kenal inner yang sesuai dengan muka bentuk korang. 
Untung badan, muka kembang nampak runcing. Mesti syiokkk kan?

gambar ihsan google


 INNER NECK
melekap pada dahi. sesuai untuk uols yang berwajah bujur dan berbentu hati. Untuk yang muka bulat, elakkan. Nanti pakai dua kali ganda bulatnya. Hehehe


 INNER AWNING
biasanya inner ni, awning die jenis keras. Sejenis yang tak bole basuh mesin. Kalo terbasuh, konpem korang menangis. Yelah. Dah renyuk. Dah kemek. Kalo pakai nanti, nampak muka sebek. Hehehe

Biasanya yang berusia suke pakai awning cenggini. Yang berusia suke pakai je. Kalo yang muda pakai takde pun nak nampak tua. So, uolss kene senyum selalu lah. Baru awet muda.
Haaa awas tau! Yang bulat better elakkan. Sebab inner awning ni pendek. tak tutup pipi sangat. nampak bertambah tembam kot.


gambar ihsan google

INNER NECK SILANG
Inner neck silang sesuai dipakai oleh hampir semua bentuk wajah terutama mereka yang berwajah bulat. Mmmmm nampak gaya diri sendiri kene pakai. Hahahha tak penah cuba. Sebab takut nampak jelik.

Dikatakan muka bulat sesuai sebab dahi dan innernya yang panjang dapat menutupi pipi sekaligus memberi illusi wajah runcing. Haaaa yang bermuka bulat. Bole cuba selepas ini.

gambar ihsan google

INNER NECK BERTINGKAT-TINGKAT
Sesuai untuk yang sukakan gaya simple. Jadi inner ni dapat memberikan illusi yang menarik. Mereka yang berdahi luas pun sesuai pakai. Dapat kecikkan ciked kan. Heheh

Tapi kalo jenis kepala besar. Tolong elakkan. Inner ni akan membuatkan kepala bertambah besar. Kalo nak pakai jugak, pakai silang biasa je. Yang bertingkat tingkat ni elakkan ye.

gambar ihsan google

kalo pakai Tudung Daisy ni, pakai serkup sekolah berkait kaler putih pun dah okay.
 biasa kak leha beli, 3 helai 2 hengget.

uolss suke pakai inner mane? ade tak dalam senarai atas ni?

-Zaleha Everlynn-

Post a Comment