Friday 14 December 2018

Tindakan Luar Biasa, Hasil Pasti LUAR BIASA





tindakan yang sama, hasilnya pasti sama. namun jika tindakan luar biasa, hasilnya pasti LUAR BIASA! 


teringat kata mentor. mengharapkan hasil yang LUAR BIASA dengan tindakan yang sama, adalah perkara yang sia sia. yang membezakan kita dengan orang luar yang berjaya adalah tindakan kita. 


nak jadi orang LUAR BIASA? jom baca satu satu aktiviti orang LUAR BIASA dibawah. 


+ orang LUAR BIASA mandinya sebelum subuh. maksudnya, awal awal pagi lagi mereka dah bangkit dari tidur. kerana mandi pagi dalam keadaan air yang sejuk, seakan ada satu renjatan letrik untuk cargasss 💪🏻


+ orang LUAR BIASA, pakaiannya bersih dan kemas. kita tengok pun sejuk mata memandang. tak perlu berjenama mewah. asalkan sopan, kemas dan bersih. 


+ orang LUAR BIASA, solatnya sentiasa berjemaah. sebab nak dapat pahala lebih. barangsiapa yang berjemaah Allah gandakan 27kali pahalanya. 


+ orang LUAR BIASA, sarapannya dengan makanan sunnah, buah buahan, makanan yang berkhasiat. kerana badan yang sihat membantu kita untuk fokus dan cergas dalam menjalankan aktiviti seharian. 


+ orang LUAR BIASA, mulakan pagi dengan sedekah, 10 kesyukuran, affirmation and visualisation. ape tuh? menulis sambil visualize seolah olah perkara sudah terjadi. macam angan angan. tapi hanya visual je kan? ni tulis sambil membayangkan. serious talk! it’s very powerful 💪🏻


+ orang LUAR BIASA, amalannya Yasin diwaktu subuh, Dhuha, Al Waqiah selepas Asar, Tahajud, Wirid dan Doa. 


Tak mudah nak jadi LUAR BIASA. tapi tiada yang mustahil jika kita mencuba! 


Kak Leha 🍓 #tealady #symafittea

Hukum Buat Pasti Jadi 👊🏻

No comments: