Thursday 28 June 2012

Kenali Jenis Kulit Anda


1. KULIT NORMAL
  • Sebum atau minyak semula jadi pada muka adalah seimbang, tidak terlalu berminyak, tidak terlalu kering
  • Tekstur kulit kelihatan lembut
  • Liang roma kecil
  • Kulit jarang mendapat jerawat atau jerawat ada pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu haid atau stress 
2. KULIT KERING
  • Kelenjar minyak kurang aktif, jadi kurangnya penghasilan sebum
  • Tekstur kulit kasar, kadang-kadang mengelupas
  • Liang roma kecil atau kadang-kadang tidak kelihatan, kusam tidak berseri.
 3. KULIT BERMINYAK
  • Kelenjar minyak sangat aktif, terlalu banyak penghasilan sebum
  • Muka kelihatan berkilat dan melekit
  • Liang roma besar, jelas kelihatan
  • Mudah dijangkiti jerawat kerana liang roma mudah tersumbat dan menyebabkan radang.
 4. KULIT KOMBINASI
  • Gabungan ketiga-tiga jenis kulit di atas iaitu kulit biasa, kering dan berminyak
  • Secara amnya, bahagian dahi dan hidung (zon-T) berminyak dan kering di bahagian pipi dan dagu
  • Liang roma di zon-T kebiasaannya besar dan memudahkan jangkitan jerawat.
 5. KULIT SENSITIF
  • Kulit yang nipis dan tegang akibat kekeringan
  • Bertompok kemerah-merahan dan menggelupas
  • Mudah merengsa jika salah memilih produk
  • Mudah kemerahan terutamanya dalam cuaca panas terik matahari

Kenali jenis kulit anda, kemudian pilih produk penjaagaan kulit yang sesuai. Dengan EVERLYNN Skincare, kami yakin produk kami dapat membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dan lebih berseri. Kesemua produk EVERLYNN boleh digunakan untuk semua jenis kulit dan pelbagai peringkat umur. Gunakanlah ia sepenuhnya selama 30 hari dan rasai perubahan yg positif pd tekstur kulit muka anda.

Love,
Everlynn Dealer Zaleha

No comments: