Tuesday, 4 December 2012

Ekstrak Teh Hijau






Teh hijau lagi.. Hehe

Perumpamaan Cina :
“Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum teh hijau”.

Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Antara kebaikan Teh Hijau:

1. Merawat sakit kepala dan kemurungan
2. Antioksidan teh hijau lebih berkesan berbanding vitamin C
3. 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
4. Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
5. Baik untuk kuruskan badan (mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol)

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

1. Membantu mengawal tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
2. Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat dalam mengawal paras gula dalam darah.
3. Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
4. Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
5.Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
6. Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum teh hijau lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).

***Pastikan teh hijau yang anda bancuh sendiri..bukan segera seperti dalam botol :)
- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: