Jika anda mengambil sedang mengambil apa sahaja jenis diet yang anda lakukan, dan masih mengalami masalah untuk menurunkan berat badan, maka jangan lupa melihat bahan-bahan yang terkandung didalam ubat-ubatan yang anda ambil.
Diantara ubat-ubat yang perlu anda perhatikan adalah:-
# Antidepressants, terutamanya didalam kategori SSRI (selective serotonin reuptake inhibitors). SSRI mempunyai kesan sampingan yang akan mengakibatkan susah tidur, anxiety, gemuruh, pening kepala dan ketagih karbohidrat. Banyak ubatan yang telah lama dipakai untuk rawatan psycothropic (tricyclic antidepressants) juga menyebabkan kenaikan berat badan.
# Estrogen dan juga kebanyakan
HRTs (hormone replacement therapies) termasuk ubat perancang kehamilan
akan mengakibat kenaikan berat badan dan menghalang penurunan berat
badan. Kebanyakan hormone yang diambil akan mengkibatkan penguasaan
estrogen didalam badan dan menghalang insulin serta mengganggu penurunan
berat badan.
# Ubat untuk penyakit darah tinggi.Terutamanya diuretics yang juga dikenali sebagai beta-blockers, yang menyebabkan penghalang kepada penurunan berat badan. Apabila berat badan anda turun, selalunya tekanan darah akan menjadi lebih baik dan doktor anda perlu mengurangkan ubat penyakit darah tinggi supaya tidak over-dose.
Berhubunglah dengan doktor anda untuk mencari alternatif kepada ubat-ubatan diatas termasuk juga steroids, NSAIDs dan statins yang juga boleh menghalang penurunan berat badan anda ketika berdiet.
ANDA TIDAK
DIMINTA UNTUK BERHENTI ATAU MENGURANGKAN UBAT-UBATAN TERSEBUT MELAINKAN
SETELAH MENDAPAT NASIHAT DOKTOR ANDA
No comments:
Post a Comment