Thursday 17 January 2013

Happy 3rd Birthday Rayyan



Entry yg dh lama bersarang dalam draft.. Harini baru nk post! ahhahahah dh kertu dh mommy ni..
Selamat Membaca :)


Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to rayyan, happy birthday to you.




Alhamdullillah.. Ryan dh pun berusia 3thn.. Bdk yg dahulunya ddk dlm perut mommy selama 39mgu. Syukurrr penantian selama 2thn berakhir :)

This entry mommy dedicate khas utk ryan. Dengan harapn bler besar nnt ryan akan baca pengalaman mommy mengandungkn ryan.

Mengandungkan ryan merupakan cabaran terbesar buat mommy. Mabuk sgt teruk bermula seawal 7mgu. Bau masak, panas lauk sume xbole. Plg pantang tgk ayam. Xkiralah ayam mentah atau dh masak. Kalo tgk mmg jadi pening. Disebabkan itu juga sepanjang pregnant mommy langsung xmsk. Cian babah. Tiap2 hari makan luar. Ade la masak dlm 3 4 kali, tp lps tu mg terus melepek x hengat. Terima kasih babah sbb melayan karenah mommy :)

Ketika kandungan 26weeks, mommy jatuh n bleeding. Risau sgt time tu. pegi hosp buat check up semua. So far ok, ttp bleeding ttp berlaku dan akhirnya kandungan mommy disahkan placenta previa oleh doctor iaitu kedudukan uri dibwh. Disebabkn itu juga doctor suruh bed rest utk mengelakkan sbrg mslh yg lagi serius berlaku. Sbb perut mommy pun besar time tu. org sume ckp igt 8bln. Hahhahaha. Mommy gained weight smp 72kg ok. Padahal berat mommy before pregnant just 50kg je. Huhu




Disebabkan itu juge, mommy decide utk tgl kat kg je sementara tgu ryan lahir. Rehat dengan nenek. Mommy amik unpaid leave. Oh dugaan sungguh time tu. babah balik setiap 2mgu tgk mommy. Hingga lah kejadian 12 nov..

Seminggu sebelum tu mmg rasa perut agak menyegat tp tidak lah kerap. Cuma kat bahagian pinggang mmg sakitla. Bler g check up dorg kata normal la kak nk dekat2. Ok, from that time mommy dh dpt rasa anytime la kot. Tp makin hari makin biasa je. Ble dh 38weeks, mmg kene g check up everyday atau setiap 2hari. Doc ckp perut tgi lagi ni. Budak x turun lg. lmbt lg. tp perut mmg skt. Siap babah blk tu bole jln psg2 melaka lg smp malam. Hahahaha

Pagi 12 nov lepas check up mommy stay kt rumah mcm biasa. Nenek plak nk keluar g rumah nekteh. Okla. ttbe rasa ingin ke toilet. Pegi2 tgk ade darah kat seluar.. Huhu.. Igtkn normal la. Tp at the same time rs xsdp hati jugak sbb doc dh pesan, kalo air pecah atau kuar darah, immediately pegi hospital jgn pegi clinic!

Mommy pun call la aunty awie sbb die pun baru lps pantang. So die kata pegi je hospital. Immediately mommy call nenek yg waktu tu br je smp rumah nekteh. Cian nenek. Terima kasih mak! Nenek pun blk rumah bw nekteh skali trs ke hospital.

Otw ke hospital tu pulak, bole ade pokok tumbang kt hutan simpan yg menyebabkn xcident. Jam sepanjang 2km. Huhu. Waktu tu menyegat2 jgk perut. Tp bole thn lg. setiap 30mnt cmtu. Nenek nk ptg je line tp mommy kt xpe mak, lmbt lg ni. Bole thn lg. confident je kan. Pdhal 1st time nk bersalin. Mommy mommy Hahhahaha

So akhirnya kami smp kat Hosp Melaka jam 4ptg dari pkl 130 td. Hhahhaha. Time tu mommy dh inform babah dh. Register punye register, check punye check baru dpt katil. Doc kata baru 2-3cm bukak, so rest dl sbb labor room penuh. Babah pun dh smp time tu. pecut selaju mgkn sbb excited nk smbt ryan n risaukn mommy. Cian babah. Pkai baju keje lg time tu.




Lps dpt katil, nenek n nekteh pun blk. Tglla mommy dan babah. Mommy pun baru prsn dr tghhari td mommy xmkn pun. Cmner nk pushh nnt kalo xde tenaga sbb xmkn. So relaks kjp dlm pkl 8 cmtu soh babah belikn makan. Time tgu tu plg la menguji tahap kesabaran. Skt semakin kerap smp magazine yg dibeli utk baca pun x terbaca. Patient katil sebelah pun sibuk nk bersembang yg akhirnya mommy suh akak tu amik je magazine tu sbb mommy sedang menahan skt. Nurse plak ade cucuk ubat bg berak. Time tu lgla. Nk pegi toilet pun azabnya. Terkepit2 jalan tp at the same time rs nk membuang la sgt. Nk membuang pun takut sbb dok pkir ryan terkeluar nnt.

Tulah akibat byk sgt membaca pengalaman org smp sndr takut.. Huhu.. Jam 10pm babah pun smp bw mkn. Lambat smp mommy xde mood dh nk mkn sbb dh skt sgt. Xde selera langsung. Babah beli keuw teow goreng je. Katanya jauh nk cari kedai. Ssh kt sini sbb die x familiar. Btol la, mommy x salahkn babah pun. Mommynpun x familiar kawasan bandar melaka ni. Hehe tp cian babah kene marah psl lmbt. Lgpun mommy sgt skt dh time tu. xtau nk describe cmner sktnye la contraction ni. Then, nurse dtg bw wheel chair ckp nk bw ke labor room. Oklah. Otw tu die tanye, husband nk msk skali ke? Kalo bole mmg nk soh babah masuk. Tp babah x attend course utk bersalin. So xleh la nk masuk.. Mmmmm sedih sbb xde org nk tmn mommy :(

Dari pkl 10 lebih tu, mulut mommy x putus2 baca doa bersalin, berzikir. Mcm2 bunyi mommy dengar dlm labor room tu. bunyi menjerit, menangis, meraung. Ya Allah, kau kuatkanlah aku. Mommy just nk semuanya selamat. Itu sahaja. Sangat mencabar kekuatan berada di labor room ini. Skt teramat sgt, hanya Allah je tau sakitnya. Teringat mcm mane payahnye nenek melahurkqn mommy. Sgt insaf akan iri sendiri. Mmg mommy rasakan nyawa hujung tanduk je. Skt yg xbole di ucapkan dengan kata2.

Sepanjang dilabor room tu, mommy di ingtkn berzikir n buat xtau je dgn bunyi keliling. Mommy pun disuruh mengiring. Bidan yg jaga mommy tu sgt baik. Die ckp, jgn meraung, jgn menjerit. Sbb nnt nk meneran tu tenaga yg sgt byk diperlukan. Smpn utk tu. mommy rasa 5x je mommy jerit sebut Allahuakbar utk sgt yg teramat ni. Mommy baca doa xpts lgsg. Semakin kuat sgt, semakin kuat mommy baca n berzikir. Akhirnya, bidan ckp bukaan dh buka sepenuhnya dan suruh terlentang.

Bidan ckp push spt meneran berak. Oh mcm mane tu. time tu mmg xleh nk pkir ape dh. Kalo babah ade kan bagus. Die srh pegang kaki sndr dan teran dlm kiraan 3. Alhamdullilah, 2x teran je ryan selamat dilahirkan. Air mata ksyukuran mengalir. Bidan trs letak ryan atas mommy sebaik shj ryan keluar. Die nk ptg tali pusat katanya n jahit. Bersih n suci je mommy tgk ryan. Nikmat n pengalaman yg sgt indah buat mommy. X semua org bole merasai nikmat ni. Mommy sgt2 bersyukur semuanya selamat. Xsmp 5mnt pun, bidan dh selesai. Ambil ryan nk bersihkan. Time tu nk nangis rsnye sbb ade org ambil ryan. Keletihan yg teramat sgt. Tp semunya terubat dgn wajah ryan.

Teringat kat babah yg pegi toilet setiap 5mnt. Tiap kali kuar toilet tanya psl mommy kt mak guard. Alhamdullillah tepat 2.14am, 13 nov ryan selamat dilahirkan. Mommy kuar labor room hanya pkl 4am cmtu. Cian babah tgu lama kt luar. Keluar2 babah x nmpk ryan katanya. Biasa org keluar ade 2 katil, mommy satu je. Babah dh rs xsdp pastu trs tanya mommy. "Ryan mane?" Tu kt kaki. Hahahaha babah2. Excited smp xnmpk anak die.

That's your birth story. The best ever moment mommy ever had! And i am blessed. Stykur alhamdulillah Ya Allah.

Mommy really hope that one fine day, you will read this. And you will know how much that I Love You. Happy 3rd birthday Rayyan Isyraf. Semoga menjadi anak yg soleh, patuh pada Allah, agama, mommy & babah. Me love you so much. No words can describe.

Here's your gift! I can see that u enjoying so much. bgn tdo iPod, nak tdo iPod, nak mandi iPod, nak makan pun iPod. 24jam iPod, iPod, iPod! sabar jelahh. Anyway, iPod is made for you and that's why we bought for you :)




- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: