Saturday, 20 April 2013

Jeragat & Kulit Kusam



anda kenal tak artis ni?? kenal? ade yg xkenal? xpe.. xmasuk peksa  pun.. xrugi pape pun kalo x kenal.. hehe.. leha pun just nk bgtau cerita bintik2 hitam tu je aka CIK JERAGAT!!

Sedikit info ringkas mengenai jeragat:
  • masalah kulit yg sangat lazim berlaku dikalangan penduduk Asia terutamanya MALAYSIA. hukhuk
  • berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi di Asia Tenggara. hukhuk lg
  • Nisbah 12:1 (Wanita:Lelaki) - bergantung atas negara di antara umur 25-50 tahun.
  • Kawasan muka yang sering terlibat ialah pipi,hidung dan dahi. tapi ade juga yg mengalami di bahagian badan..cume peratusnye sdkt.
  • juga dikenali sebagai MELASMA

Jenis-jenis Jeragat aka Melasma
  • Melasma Epidermal - Jeragat yang berada pada lapisan luar kulit
  • Melasma Dermal - jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit
  • Hori's Naevus - kehadirannya tidak disedari tapi lebih jelas sewaktu mengandung kerana lebih banyak pigmen dihasilkan ketika ini.
Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )

  • Terdedah kepada cahaya matahari terik
  • Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
  • Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
  • Keturunan.

Rawatan untuk melasma

Matlamat rawatan melasma ada dua. Pertama untuk mengeluarkan pigment yang sedia ada dan kedua adalah untuk menghalang dari pigment baru terbentuk. Cara-caranya adalah:

1) Penglupasan Kimia - Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma. Ianya agak berkesan untuk melasma tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya lebih kurang 50-70% melasma akan kurang. Ianya lebih sesuai untuk melasma epidermal.

2) Laser - Cara ini lebih berkesan untuk Hori's Naevus kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh ke dalam. rawatan ini lebih sesuai untuk Melasma Dermal.

3) Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis - Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.

4) Krim dan Sunblock
Ini merupakan rawatan susulan kepada 3 rawatan diatas. Tidak mencukupi untuk hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Ianya mesti seiring dengan rawatan jeragat diatas.

Rawatan Tradisional

Selain rawatan moden,masalah jeragat boleh diatasi dengan rawatan tradisional. Berikut beberapa langkah yang boleh di lakukan bagi mengatasi masalah jeragat:-

  • Sediakan beberap helai sirih muda dan simpan di dalam peti sejuk.Setiap pagi ambil sehelai dan gosok di sekitar tempat jeragat tersebut. 
  • Ambil 2 inci daun betik,1 genggam beras,air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman.Setelah ia kembang,kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis.Setelah siap,sapukan diseluruh muka anda dan biarakn ia kering lebih kurang 20 hingga 30 minit.Kemudian,lembabkan muka anda,gosok(seperti skrub) dan cuci. Gunakan air suam untuk menyegarkan kembali kulit wajah.
  • Ambil putih telur,rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingg tisu menjadi kering.Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
  • Gosokkan hampas kelapa diseluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih.Amalkan selalu.Jeragat anda akan hilang dan kulit muka akan menjadi halus dan gebu.

Notakaki - rawatan di atas hanya sesuai untuk masalah jeragat yang ringan sahaja.

Post a Comment