Tuesday 23 April 2013

Masalah Terlebih Protein

 Apa yang perlu anda tau.. selamat membaca :)

Keperluan protein bagi manusia normal setiap hari ialah 20mg. Jumlah ini mencukupi untuk membina sel dan membantu menghasilkan tenaga setiap hari. Bagi ahli sukan dan pekerja buruh kasar, keperluan tersebut berganda kepada 50mg setiap hari. Tahukah anda bahawa dalam segelas susu lembu terdapat 200mg protein. Susu lembu yang dihasilkan dalam tempoh 1 bulan selepas melahirkan anak akan menghasilkan 2,000mg protein bagi setiap gelas iaitu 10 kali lebih banyak daripada biasa. Biasanya penternak lembu tidak akan memerah susu lembu yang baru melahirkan anak dalam tempoh sebulan.

Bagi ahli sukan terutama ahli bina badan, terdapat susu compounded atau yang telah diformulakan supaya kandungan protein di dalamnya menjadi antara 2,000mg ke 10,000mg protein bagi setiap gelas. Kebanyakkannya mereka selesa mengambil 5,000mg sehari.

Mitos teori penyerapan makanan

Kebanyakkan pakar nutrisi klasik mendakwa bahawa setiap kali kita mengambil sesuatu makanan, cuma 1/7 atau 14% sahaja yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, mereka akan mencadangkan pengambilan sesuatu makanan digandakan kepada 7 kali. Jika kita mengambil keperluan susu setiap hari yang memerlukan 20mg sehari, maka 14% daripada segelas susu ialah 28mg. Kemudian mereka menyarankan agar ia diambil dua kali ganda untuk mendapatkan jumlah yang sama diperlukan oleh ahli sukan dan buruh kasar dengan alasan supaya kita menjadi cergas seperti mereka. Akhirnya mereka mencadangkan pengambilan dua gelas susu sehari. Oleh itu, kiraannya menjadi 56mg sehari! Jumlah ini melebihi keperluan seorang ahli sukan dan buruh kasar.

Tubuh memproses dan menyahkan lebihan protein

Protein yang mencukupi akan digunakan untuk membina sel. Tetapi protein yang berlebihan akan diproses untuk menukar bentuk ikatannya dan dihantar ke tempat-tempat tertentu.Organ yang sihat akan dapat menyingkirkan protein dalam bentuk urin (air kecing) di dalam darah melalui buah pinggang. Kegagalan tubuh untuk memproses protein dengan baik akan menyebabkan ia menjejaskan tubuh.

Sakit bawah lengan

Protein yang kekurangan unsur hydrogen (daripada sumber air) akan menjadi tepu. Protein tepu akan mudah membentuk lemak. Lemak daripada protein akan disimpan di bawah kulit. Tetapi terdapat juga lemak yang terkumpul di saluran darah. Bahagian yang paling utama menerima darah ialah bahu dan lengan. Biasanya mereka yang mengambil protein berlebihan akan merasa sakit di bawah lengan terutama lengan sebelah kanan. Jika masalah protein berlebihan disertai dengan masalah kolestrol berlebihan, maka ia akan menyebabkan sakit di lengan sebelah kiri.

Punca kutil, ketuat dan tahi lalat

Ikatan proten yang membentuk lemak di dalam system limpatik boleh tersekat di bahagian bawah kulit. Akibatnya terbentuklan tahi lalat. Penimbunan yang lebih besar akan membentuk ketuat dan kutil. Pembetukan ini biasanya sukar untuk surut semula atau ia dipanggil pembentukan kekal. Sebaliknya ia akan terus bertambah besar sekiranya pengambilan protein berterusan.

Faktor jerawat

Pembentukan jerawat tidak sama seperti punca kutil, ketuat dan tahi lalat. Jerawat terbentuk didalam liang roma di bawah kulit. Kulit sebenarnya berkeupayaan mengawal penghasilan kelembapan dan minyak. Hempedu (NW14) yang lemah akan menyebabkan kulit gagal mengawal kelembapan dan penghasilan minyak. Akibatnya apabila liang roma tersekat degan habuk dan kotoran, pembiakan bacteria terjadi dan system limpa akan mengalirkan sejumlah protein untuk mengawalnya. Tetapi kandungan protein yang berlebihan akan menjadikan proses penstabilan tidak berlaku dengan baik malah bacteria akan terus membiak hingga menyebabkan protein akan ditambah di bawah kulit. Akibatnya terbentuklah jerawat yang besar. Saiz dan jenis jerawat bergantung kepada jumlah protein yang sihasilkan. Sepatutnya protein membantu bertindak sebagai antibiotic tetapi sebaliknya bertindak sebagai makanan kepada bacteria hingga mengakibatkan jerawat terbentuk dengan lebih besar.

Selaran cahaya matahari atau kegelapan kulit

Protein yang berlebihan yang disimpan di bawah kulit dalam bentuk asid lemak ialah bahan yang mudah teroksida. Cahaya matahari boleh menyababkan protein teroksida dengan mudah. Pengiksidaan protein akan menjadikannya mudah bertukar kepada warna yang gelap atau kehitaman.

Mereka yang mengambil makanan tinggi protein akan mudah terselar atau menjadi gelap apabila trededah dengan cahaya matahari.

Obesiti dan masalah berat badan

Lemak yang berlebihan terkumpul di bawah kulit lama-kelamaan akan turut bertimbun jauh dari kulit. Kegagalan hati untuk memproses semula lemak yang tebentuk boleh menyebabkan berat badan bertambah dan menyebabkan masalah obesity.

Masalah buah pinggang

Organ yang pertama akan menyahkan protein ialah Buah Pinggang (NW13). Kehadiran protein yang terlalu tinggi akan menyebabkan buah pinggang terbeban dan tidak cekap. Akibatnya akan terbentuk plug atau karang di bahagian dalam buah pinggang. Selain buah pinggang, saluran uretra dan ureter serta pundi kencing dan prostat akan terganggu. Antara symptom yang muncul akibat daripada masalah ini ialah masalah membuang air kecil seperti kerap kencing, tidak tahan untuk membuang air kecil dan kencing malam. Jika masalah prostat terganggu disertai dengan kelemahan kelenjar adrenal, maka akan terjadi masalah kencing tidak lawas dan terkucil.

Kekuatan kelenjar adrenal bergantung kepada tenaga daripada Buah Pinggang (NW13). Kelenjar adrenal yang terjajas akibat daripada bebanan protein di buah pinggang akan menyebabkan isyarat elektrik yang berfungsi menjaga kecemasan tidak dapat dikawal oleh kelenjar adrenal. Masalah daripada kelenjar adrenal akan menyebabkan symptom berkaitan dengan kecemasan dan masalah berkaitan seksual. Jika berlaku kebocoran isyarat elektrik, seseorang akan mudah klimaks. Jika kehabisan isyrat elektrik, seseorang tidak dapat klimaks atau lemas.

Anda boleh menguji tenaga elektrik di kelenjar adrenal dengan cara menyucuk pinggang seseorang. Jika dia mudah terkejut, ia menunjukkan tenaga elektrik mencukupi. Jika tiada tindak balas, ia menunjukkan kelenjar adenal terjejas akibat terlebih protein.

Masalah IQ tinggi

Hati (NW12) ialah organ yang pertama memproses protein. Tetapi apablia protein berlebihan, hati akan terbeban dan mengganggu pemikiran kreatif. Akibatnya tahap IQ akan meningkat. Antara tanda disebabkan oleh masalah ini ialah pemikiran menjadi buntu, lurus bendul dan setiap yang dilakukan tidak mendatangkan hasil.

Apabila IQ (intelligent quotient) tinggi, maka akan berlaku masalah kekurangan EQ (emotional quotient). IQ ialah keupayaan menggingat dalam bentuk trouma. Ingatannya menjadi kekal dan tidak dapat diperbaharui. Jika keupayaan IQ digunakan untuk menghafal, hafalan tersebut kuat tetapi bersifat sementara.

Bagi pelajar, mereka yang mengambil protein berlebihan tidak seimbang pencapaian bagi semua mata pelajaran. Mata pelajaran yang terbaik pula tidak menacapai tahap cemerlang dan sempurna. Walaupun mereka mendapat markah tinggi dalam sesuatu mata pelajaran, tetapi mereka tidak memahami hakikat sebenar tentang apa yang dipelajari dan ia tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

IQ yang tinggi akan menyebabkan seseorang kurang penhayatan dan menghargai orang lain. Pelajar yang tinggi IQ nya akan mudah menjadi keras kepala dan degil. Di dalam kelas mereka suka mencari kesalahan gurunya.

Walaupun IQ menjadikan seseorang itu dapat mengingat melalui hafalan, tetapi hafalan tersebut ialah kesan trouma akibat daripada paksaan. Kesan ini tidak dapat diperbaharui dan boleh menjadi ingatan jangka pendek, tetapi akan terimbas kembali dalam tempoh jangka panjang apabila berlaku rangsangan peristiwa.

No comments: