Wednesday 13 December 2017

1st time niaga


macam mane bole terjebak? 
kisahnya bermula begini.


7 tahun dulu. waktu preknen Princess. ketika tu gaji hanya RM1,700 kasar sebulan. tolak epief, tolak socso, tolong hutang personal. tinggal lah satu ribu dua ratus hengget jah.

gaji laki bini gabung dua. setakat cukup cukup makan je. dan akhirnya kredit kad menjadi mangsa untuk kak leha rolling belanja. 😭



kad paling membawa malapetaka. Allah. napelah boleh ter apply kan. apply je approve. apply apply je approve. time tu memang syiokkkk sangat!😏



sebelum gaji tadi, gaji kak leha sebelum tu RM2,500 hampir RM3,000 kalo buat overtime. kerja dengan korean. memang sangat workaholic!

time bujang. rajin la balik opis lewat ciked. balik pun wajib lalu klcc. naik tren hari hari. jadi bole la chill chill cuci mata on the way balik. agak agak bosan, tershoping skali. ehahahhaahaha

kak leha ni memang jenis sensorang je. independent jugak. campak kat mane mane. insya Allah bole hidup. nampak je senyap. tapi kak leha kuat taww 💪🏻💪🏻


kak leha pulak jenis takde geng sangat nak melepak lepas ofis. buat hal sendiri. bukan anti sosial. tapi dibesarkan di KL. kak leha tau bukan senang nak control diri kalo parents tak tinggal skali. so i choose to live in my way.

paling kuat lepak dengan ostad and the gang je kat NZ. tengok wayang. ostad pun keje shif. atau lepak kat rumah dengan tengok tv. memang cycle of life kak leha bosan.

but I learned banyak dari pengalaman kengkawan. sebab kak leha memang tempat dorang luah perasaan. share problem. yela. pangkat along kan? 🤷🏼‍♀️



so bile nak kawen. kak leha cari keje yang ade pakej complete sebab yang gaji beso tu status contract. okaylah. dapat gaji RM1700 tadi tapi banyak benefit. gaji beso tadi kak leha lepaskan walaupun hampir hilang seribu hengget. 😊



cume waktu peknen rayyan kak leha terpaksa unpaid hampir 6 bulan jugak. mabuk tahap dewa. dan hilang sumber pencarian ketika itu. dan waktu tu la hutang berganda dan bertimpa datang.

keje balik. still okay. penggunaan kad kredit ternaik
ciked. sebab belanja pun tertambah ciked. but still can manage. hehehe


bile peknen mia. 
penggunaan kad kak leha over maksima. lagi lagi dah tau nak dapat anak dara. nafesu die tahap gila bile nampak gown. baju kiut miut. headband. shoes.


oh mennn. korang list jela. ape yang tak beli.
gown princess paling mahal kak leha beli RM299 sehelai. dushhhhh. kak leha pun tak beli baju mahal tu waktu dulu. tapi sebab nak tengok anak cantik punye pasal 🤓 kasi layanz. ostad pun tak tahu korang hahahaha.


kak leha memang spending banyak ke wardrobe die. bab nak cantik anak, serah je. hahahaa bab stroller mahal macam quinny semua tu kak leha beli tangkap muat je. paling mahal pun beli mclaren. halford. hahahahah

jadi at one point bile spending more than sepatutnya. kak leha krem. tak tahu nak pusing belanja kat mane. dan waktu tu lah kak leha decide “it’s time to berniaga”.

panjang dah cite. sonok tak baca? 
hahahahahhaa


kalo sonok dan nak kak leha sambung lagi, korang belanja la komen ciked. barulah syiokkk nak sambung cite pasni. 😊



end of Part One.

❤️ tenkiu for reading,
                        Zaleha Everlynn







No comments: