Assalamualaikum.
Rindu Kak Leha tak? hahaahah
Berminggu kak leha tak share kan? Insya Allah lepas ni akan kembali meroyan.
Itu target baru kak leha untuk blog.
Eh. bukan meroyan tak tentu hala.
meroyan berfaedah kaedahnya.
sekurang kurangnya, bila kak leha takde, blog ni bole jadi rujukan untuk yang memerlukan. di samping jadi tempat anak anak kak leha melihat hasil nukilan bonda kesayangan. kan? :)
terbaca portal. isunya kawen dulu dengan kawen skang.
yelah korang. skang ni kan macam macam.
kawen sebulan dah pegi Pejabat Agama. kawen sehari, dah terbang piuk belanga.
padahal bercinta nak rak. kalah filem Titanic!
No #1
Kawen Dulu Dulu Takde Cintan Cintun
Betol kan? orang dulu dulu, takde sibuk nak bercinta. cinta monyet pun takde.
yang biasa, dorang dijodohkan dengan pilihan keluarga. yelah, mak bapak mesti pilih yang terbaek untuk anak mereka.
bile tak bercinta, nak dating tu memang jauh. lepas kawen la baru bercinta. baru nak dating.
kte skang? bercinta bertahun tahun, kawennya dengan orang lain.
siapa camtu?
hahahaha
No #2
Takde Honeymoon
Dulu kala, lepas nikah, lepas kenduri.
Dorang sibuk ziarah sedara mara. Kenalkan suami isteri pada semua ahli keluarga.
Atok, nenek, mak sedara, bapa saudara.
Ini wajib nye. Walaupun ade yang kenal waktu kenduri, rumah sedar is wajib untuk ziarah kenalkan ahli baru keluarga.
waktu kak leha kawen. masih lagi buat.
kalo tak buat. mau mak marah. lagi lagi kenduri kak leha masih gotong royong berjemaah.
tanda terima kasih pada sedara mara.
sanggup bersengkang mata. amik cuti untuk raikan hari perkahwinan kte.
zaman skang, lepas kenduri terus pegi honeymoon.
tak semua. tapi kebanyakkan.
yelah. salah satu sebab mungkin keadaan.
kenduri skang banyak guna khidmat catering.
jadi nak berkumpul beramai ramai, gotong royong tu dah takde kan?
pegi kenduri, makan. habis makan, balik terus.
beza sangat dah skang. kak leha pun perasan.
No #3
Sakinah, Mawaddah, Wa Rahmah
nak mencari sakinah (ketenteraman), mawaddah (cinta), wa rahmah (kasih sayang) sekaligus skang sukar lah sangat. nak dapat 3 serentak dalam rumah tangga sangatlah payah. tapi tidak mustahil jika kte dan pasangan bole bertolak ansur.
Semoga kalian yang membaca entry ini beroleh rumah tangga yang bahagia dan kekal ke syurga.
Insya Allah. Aamiiinnn
No #4
Kebahagiaan itu dari Allah
Zaman Gen Z ni. dengan teknologi yang teramatlah canggih.
Everthing is in your finger tips. Manusia dilalaikan dengan dunia.
Kejar kan dunia. Kejar kan pangkat. Kejarkan nama.
Namun kte lupa.
Semua itu pinjaman sementara untuk kte.
Kalo Dia nak amik, bile bile masa.
Kejar dunia, kte dapat dunia.
Kejar akhirat, dunia akhirat kte dapat bersama.
Ingat. Rumahtangga kte hadir dengan tanggungjawab.
Tanggungjawab isteri. Tanggungjawab suami.
Masing masing ade bahagian masing masing.
Insya Allah elok kte jaga, bahagialah Allah bagi kte.
No #5
Tiada Campur Tangan Ibu Bapa
Berbanding dulu.
ibu bapa menyerahkan segala hal rumahtangga pada anak masing masing.
terpulang lah pada mereka nak bentuk dan adun ikut acuan mereka.
Sekarang Ibubapa lebih suka untuk campur tangan.
bukan semua. tapi ade segelintir yang suka berbuat demikian.
Kadang kadang, anak anak perlukan nasihat juga dari yang berpengalaman.
tapi tidak sampai campur tangan. biarkan sahaja mereka tentukan.
manusia ni sesekali kene belajar dari kesilapan.
dah terhantuk, baru nak tersedar kan?
itulah serba sedikit perkongsian kak leha.
sekadar pesanan yang nak berumah tangga. ataupun yang baru dan lama melayari bahtera.
jagalah keramat hidup kte.
kalo perempuan yang dah berkahwin, keramat hidupnya suami.
jika lelaki, keramat hidupnya ibubapa.
jaga lah.
Insya Allah, Dia pelihara kte.
baek rezeki. baek nyawa. baek amal.
DIA MAHA KAYA
Love,
-Zaleha Everlynn-
No comments:
Post a Comment