Monday 18 December 2017

16 Tips Cara saya Travel ke PERTH dengan 3 anak lelaki yang masih kecil.




Perth.
Antara lokasi idaman kak leha nak bawak anak anak jalan. bukan takat anak. 
malah mak abah dan adik beradik sekali. ntah la. rasa damai dan tenang je kat sana. padahal tengok gambar je. korang ade tak rasa perasaan yang sama? hehehe


Nak di jadikan cerita. Early this year, ex colleague kak leha ade pergi sana. awal bulan haritu pulak jumpa die kat kenduri di Damansara. jadi kak leha ambil kesempatan korek rahsia berapa jumlah belanja beliau sekeluarga ke sana. 


Well. Suprisingly. 
Flight tickets for 2 adults and 3 kids return flight. tak sampai RM3,000 pun. 
hamaigadddddd. and of course la kene booking awal. jangan pulak korang nak pegi esok, harini baru booking kan? itu cari nahas. 


Overall cost beliau ke sana tak sampai RM10,000 pun. 
in fact lebih ciked je dari RM5,000. bawak duit belanja pun banyak tak guna. 
ayoooo. part ni serious kak leha confius. hahahhahaha 


kalo kak leha, alang alang aku dah tukar, biar guna habis. hahahahah 
nampak tak bad habit? erkkkk 🙈


tak sempat nak interview macam reporter. jadi banyak benda kak leha tak take note la. 
benda penting penting je. cume pesanan die. plan awal. makan pun mudah. memang tempat sesuai untuk family vacation. 


surprise surprise. awal minggu ni. 
kak leha terserempak dengan posting seorang kenalan efbi kak leha. 
macam jodoh tak lama lagi je nak sampai Perth kan? korang aminnnn kan ye. aamiiiiinn. 
beliau pun baru balik Perth. pegi satu family. bawa 3 anak kecik. all boys bebeh.


salute beb. bermusafir di tempat orang. bawak anak kecik lelaki 3 orang. 
kak leha melayan  rayyan al hafiz pun, putus urat hari hari. belum masuk suara yang bole berderai peti besi. hahhhahha hamboiii kau kak leha. hover okay? 😜


jadi. setelah mohon izin dan diperkenankan permintaan.
 kak leha kongsi kisah Puan Nina Azahari di bawah ni buat tatapan followers sekalian. moga jadi pedoman dan panduan buat kalian yang ingin jejakkan kaki ke Perth masa hadapan.
 happy reading guys 💗

...👐...


Ini cara saya Travel ke #PERTH dengan 3 anak lelaki yang masih kecil.

(Nota kali ni sangat panjang)

Saya cuma nak kongsikan pengetahuan dan info tentang pengalaman saya, suami, adik ipar bersama 3 orang anak lelaki kami berumur 10, 6 & 4 tahun waktu kami bercuti ke bumi kanggaru minggu lepas.

Pastinya ramai yang berfikir panjang bila plan nak bercuti ke luar negara dengan anak anak kecik. Kalau anak sorang dua mungkin mudah. Suami jaga sorang, isteri jaga sorang. Tapi, kalau anak ada 3 dan ke atas mungkin agak payah nak handle sekaligus.

Jangan risau, bercuti ke negara yang dikatakan agak strict dengan peraturan ni mungkin menjadi tempat pertama untuk anda bawa anak2 bercuti lepas ni.

Antara info menarik sebelum anda membawa anak anak bercuti ke PERTH :

1. Kenapa Pilih Perth?

Sebab, Penerbangan ke Perth cuma 5 jam 30 minit je. Perth merupakan bandar di Australia yang paling dekat & singkat waktu pernerbangannya dari Malaysia . Selalunya parents risau nak handle anak mereka waktu dalam flight. Tapi, percayalah. Perjalanan 5 jam 30 minit ke Perth memang tak kan terasa dan anak2 pun tak lah rasa bosan dan buat perangai sangat waktu dalam flight. Hihi


2. Berapa hari nak stay?

Terpulang pada kos dan bajet anda. Kami pergi 6 hari 5 malam. Tu pun rasa tak puas. Orang kata stay lebih seminggu baru puas jalan. Tapi sebenarnya kalau plan bercuti ni tak yah lama lama. Biar sekejap yang penting masa percutian tu berkualiti. Kalau nak stay lama better pindah terus je. Kihkih


3. Pilih Airlines mengikut kemampuan.

Kami berenam pilih AirAsia X je untuk terbang ke Perth. Tak la murah sangat. Tapi kalau compare dengan airline lain memang murah banyak pun. Itupun 3 bulan sebelum berangkat baru nak carik tiket flight. Kalau nak lagi murah, boleh survey tiket setahun atau 6 bulan awal. Kadang2 ada promosi diluar jangka & anda boleh dapat harga lebih berbaloi. 
(Ref: Airasia.com, malindo air & Malaysia Airlines)


4. Pilih nak bercuti musim ape?

Pilih musim yang sesuai untuk kita & anak2. Buat mereka yang belum tahu lagi, Australia sama seperti negara2 Eropah mempunyai 4 musim iaitu :

  • musim sejuk (winter), 
  • musim panas (summer), 
  • musim luruh (autumn), 
  • musim bunga (spring).

Tapi, di Australia waktu 4 musimnya terbalik dari Eropah.
  • Summer (panas) : Disember - Feb
  • Autumn (Luruh) : Mac - Mei 
  • Winter (Sejuk) : Jun - Ogos
  • Spring (Bunga) September - November.
Cuma di bumi Perth ni tak ada lah salji turun ye.

Kami pilih untuk ke sana pada penghujung musim bunga. Yelah, cuti sekolah hujung tahun pun dah start. Waktu ni Cuaca panas terik tapi berangin kuat. Boleh cecah 26-33 degree waktu siang. Malam 16-18 degree. Sejuk jugak sampai ke tulang tambah2 waktu malam. Kalau pergi awal musim bunga boleh tengok bunga tulip. Tapi, kami tak sempat nak tengok pun sebab dah hujung-hujung. 
(Ref: Blog )


5. Tinggal di Homestay lebih berbaloi

Sebelum tahu mana nak tinggal, kena tanye dulu berapa ramai yang akan pergi bersama? Untuk kami sepatutnya 8 pax (5 dewasa, 3 kanak2). Tapi last minit seminggu lagi nak terbang ke sana 2 diantara kami (ibu & bapa mertua) saya tak dapat join sekali. Ada kecederaan dan memang dokter tak benarkan bapa mertua saya pergi. Tak apelah. Bukan rezeki.

So, cuma kami berenam je. Mula2 Saya sewa apartment dengan orang Malaysia. Tapi last minit owner apartment kami murah hati upgrade kami ke rumah landed 2 1/2 tingkat. Alhamdulillah rezeki. Dapat rumah besar siket, selesa dengan semua kelengkapan & peralatan memasak. Owner melayu ya. So boleh cuci, masak & kedai halal pun berdekatan. Kemudahan homestay begini melancarkan lagi percutian bersama anak2. Jimat kalau masak di rumah berbanding makan di luar. Jimat berdollar-dollar u ols ! 
(Nota: Homestay rental - Datuk Burn)


6. Passport & Visa

Ya! Nak masuk Australia harus ada kedua2nya. Passport dah tentu semua orang pun tahu . Tapi, visa ada negara yang orang Malaysia tak perlu apply pun. Namun, nak masuk Australia mesti apply visa. Visa boleh apply online je . Tak perlu ke embassy. Within 1 day dah approve kalau takde masalah.

Macam kami, setiap sorang dah ade passport. Cuma visa kami apply berasingan. Bayar pada agent yang kami kenal RM20 je untuk sorang. Hari ni apply, esok dah approve. 
( Nota: Online visa - nadia)



7. Transport

Lepas dah survey homestay, perlu tahu jugak transport ape yang kita nak guna masa di Perth. Macam kami stay 6 hari. So, saya plan 4 hari sewa kereta sebab nak ke utara & selatan Perth. So, baki 2 hari lagi kami berenam akan explore bandar Perth dengan CAT bas percuma je (Central Area Transit).

Tujuan utama sewa kereta supaya senang kat anak2 ni. Diorang penat takde lah merengek tak tentu hala. Masuk kereta pasang aircond boleh rest tidur sementara nak ke destinasi yang lain. Ikut masing2 punya cara, anak2 saya ni wajib tidur siang . Kalau tak, alamatnya bersilat la dengan diorang . Hehe
( Nota: Rental car - Pak Jubaidi )


8. Buat itenari dari awal.

Walaupun kita pergi sana tak pakai travel agent, tapi wajib jugak buat itenari. Itenari ni ibarat kompas kita waktu nak jalan2 kat sana. Kalau tak ada itenari, rasanya kita terpinga2 tak tahu nak kemana.

Perth ni terlalu banyak tempat menarik. Sebab tu kita kena buat itenari day by day. Takde la membazir waktu nak cari arah yang boleh makan masa berjam-jam. Bila buat itenari, buat sekali list restoran ape yang kita patut cuba. Kalau nak itenari dari saya pun boleh. Letak email address kat komen ye.


9. Peraturan Sewa Kereta.

Kami sewa estima 8 seater. Kat sana kanak2 hingga umur 6 tahun wajib pakai car seat. So, untuk kami ade 2 budak kecik bawah umur ni, terpaksalah mintak agent kereta sewa sediakan 2 car seat masa di sana.

Tapi jangan risau, agent sana pun dah tahu. Masa nak sewa kereta diorang mintak detail umur setiap penumpang, lesen & passport pemandu masa nak booking. So, diorang dah tahu kerja diorang.


10. Elakkan di Saman.

Peraturan di Australia agak ketat. Ikut rules dan jangan terbawak2 karekter acah-acah hero bila kat sana. Ini bukan kira skema ke tak skema ye. Kalau dah kena saman terbang duit dollar tu baru korang tahu macam mana azabnya nak bayar saman tu.

  • Saman memandu melebihi had laju $300 dollar ke atas.
  • Saman tak pakai seat belt bagi setiap penumpang $300 dollar ke atas.
  • Saman tak declare food item $300 dollar.
  • Saman parking $300 dollar.
Senang cerita kalau tak ikut rules, duit kita habis kat saman je lah. huhu


11. Makanan dari Malaysia boleh bawak?

Kastam di airport Perth mahupun mana2 airport di aussie sangat strict. So, makanan dari Malaysia jangan bawa sebarangan dan jangan lupa declare dalam arrival kad masa atas flight.



Belacan, rendang, ayam, daging, barang tenusu, telur atau ubat-ubatan tak boleh bawa sebarangan. Kalau tak declare, kena saman on the spot $300 dollar. Kalau declare tapi diorang check beg atau ade anjing boleh detect segala makanan atau ubat tadi diorg akan buang dalam tong sampah.

Tapi di Perth, banyak restoran halal. Ayam halal pun ade jual. Pasaraya pun banyak jual produk halal. So, tak perlu nak beratkan beg dengan makanan2 dari malaysia. Kami hanya bawa instant nasi goreng, biskut munchys & maggie je pun . Cukup lah makan 6 orang untuk 6 hari.
(Ref: Group Tips Cuti Cuti Perth )


12. Tukar duit Australia Dollar.

Yelah, duit RM mana laku kat sana. So, kenalah tukar duit awal awal di Malaysia. Duit RM ni nilainya kecik. Bila dah tukar duit, waktu membeli jangan nak convert2 pulak. Memang lah mahal. Anggap je 1 aud = 1 RM. Baru kita rasa lega . Hihi
(Ref: Money master Midvalley)


13. Perth Selamat & Bersih.





Tahu tak? Orang kata Perth ni bandar untuk orang-orang tua yang dah berumur untuk rileks2. Sebenarnya nak bagitahu, kalau anda datang Perth, bandarnya memang tenang. Bukan untuk orang2 tua je. Orang muda yang busy macam kita pun layak pergi ke Perth.

Bagi saya, view di Perth ni sangat bersih dan cantik. Bayangkan, daun kat jalanraya pun kita susah nak jumpa. Ni kan pulak sampah seketul. Kat sini, kita boleh educate anak-anak tentang kebersihan. Jangan buang sampah merata tempat. Kalau ada sampah simpan dulu sampai kita jumpa tong sampah. Kalau di bandar tak ada tong sampah, buang lah di rumah nanti.

Kat Perth, tong sampah memang susah nak jumpa. Even penduduk sana pun kalau bawa anjing, anjing mereka pula berak, mereka akan kutip najis dan letakkan dalam plastik. Kemudian buang di rumah. Hebat akhlak mereka kan? Sikap tanggungjawab mereka tinggi.


14. Kemana Kami Selama 6hari 5malam?

  • Hari pertama: KL- Perth (Caversham & Perth city)
  • Hari kedua: (Perth-Yanchep-Lancelin-Cervantes-Pinnacles-Guilderton-Perth).
  • Hari ketiga : Fremantle city & Perth city
  • Hari keempat: (Perth-Bunburry-Busselton-Dunsborough-Madhurah-Perth)
  • Hari kelima: Shopping di Perth city
  • Hari keenam: Perth - KL
(Dalam itenari lebih detail)

Bila plan nak jalan jauh, anak-anak kena diberi keutamaan. Cabaran besar masa kat sana bila kena kejut anak2 bangun pukul 4 pagi. Kat Perth waktu musim bunga ni, siang agak panjang. 4:30 pagi dah terang benderang. Maghrib pukul 7 petang.

So, sebelum bertolak esok pagi, malam dah warning anak-anak tidur awal. Sebab 6 pagi dah kena gerak. Ke utara & selatan Perth memerlukan kami drive 2 jam lebih untuk sampai ke destinasi.


15. Barang wajib beli dari Perth.

Kalau ke Perth jangan terlepas peluang shopping di watertown outlet, Eshed market, chemist, Big W, Coles & woolworth. Barang-barang di sini agak murah berbanding tempat lain.

Korang akan terjebak nak beli 
  • set pinggan mangkuk corelle
  • sourvenir
  • smiggle
  • bonds
  • branded perfumes
  • ice coffee DARE
  • pandora
  • kasut skechers atau Dr martin
  • corica apple strudle dan macam2 lah. Aduii tak boleh nak sebut semua 😂


16. Tempat Makan Wajib Singgah




Kalau nak carik makanan halal di Perth memang mudah. Antara restoran yang saya suggest mesti pergi macam Charcoal Chicken Express, Ispa kebab, Newros kebab, Lobster shack (Cevantes), Kailis Fish & chip (fremantle).

Senang kata, Perth memang pilihan yang best dan selamat buat family yang ada anak kecil macam kami. Segala kemudahan termasuk public transport pun mudah untuk kita faham.

Kalau nak rasa feel sebenar kena lah pegi ke Perth.

p/s: saya ade full itenari. Kalau malas buat research boleh bagi email address nanti saya emailkan.


Love,
Zaleha Everlynn

No comments: