Sunday 24 December 2017

Disebalik KLCC




Ingat tak bila KLCC ni dibina?
Dan pernah tahu tak sebenarnya tapak KLCC ni ditebing jurang batu kapur. Mula mula macam tak faham mana jurangnya? Rupanya ‘jurang’ tu di dalam tanah.

Sebenarnya tak ada tapak yang kukuh dan keras pun nak bina KLCC ni. Kalau bina menara berat berat kat situ endingnya nanti tenggelam dalam bumi. 

Jenuh lah waktu tu depa fikir, macam mana nak buat bangunan tinggi di tapak serapuh tu?

Tapi KLCC berjaya dibina juga hasil dari buah fikiran diluar kotak dan buat suatu yang baru untuk KLCC. Diorang bina sendiri tapak keras dan ‘pakukan’ KLCC 120 meter dalam tanah hingga melepasi ketebalan batu kapur, iaitu setinggi bangunan lima tingkat.

7,000 meter padu simen konkrit dituangkan ke dalam tanah setiap hari yang ada info cakap dua minggu secara berterusan, ada cakap sebulan. 

Yang pastinya memang lama sangat nak bina tapak yang kuat dan kukuh sebelum bina KLCC. Disebabkan tu, asas KLCC dikira sebagai the deepest foundation in the world.

Dah kenapa tiba tiba nak cerita pasal KLCC ni?
Sebenarnya nak kita ambil pengajaran/ibrah/moral daripada pembinaan KLCC ni.

Apa jua binaan yang kita bina, paling penting adalah “base” nya. Bina satu syarikat/organisasi/pasukan atau membina baitul muslim sekalipun, asasnya perlu kuat.

Dalam sebuah organisasi, barisan ketua yang mainkan peranan penting dalam mengatur strategi dan mengendali orang orang bawah nya. Dalam membina baitul muslim,ibu ayah la “base” untuk membangun keluarga dakwah.

Semua benda bermula pada asasnya.
Pokok pun tak akan membesar dengan jayanya kalau akar tak kuat mencengkam bumi.

Sebelum baiki orang bawahan atau sebelum menegur mencari kesalahan anak anak pun, yang perlu kita baiki terlebih dahulu adalah asasnya.

Baiki ketuanya.
Baiki ibu ayah nya.

Muhasabah.
Kalau kita tak membaiki diri sendiri, agak agak macam mana kita nak bantu dan bangunkan organisasi keluarga dan masyarakat? 🤗

Love,
Zaleha Everlynn 



No comments: