Saturday 23 December 2017

Pagi 23 Dec 2017


Alhamdullillah.
Allah masih sayang harini. Tido jam 315 pagi. tapi Allah kejut bangun subuh tadi. 

Alhamdullillah.
Tido 3 jam je tadi. tapi Allah bagi kudrat untuk solat kusyuk. habiskan zikir. ngaji sekali.

Alhamdullillah.
Allah masih kurniakan tangan dan kaki. untuk sujud. untuk takbir. untuk rukuk menyembah Dia tadi.

Alhamdullillah.
Allah masih bagi suara. bagi mulut. bagi akal yang waras. untuk berzikrullah dan baca Al Waqiah pagi ni.

Alhamdullillah.
atas masih panjangkan nyawa untuk melihat anak anak dan suami. masih lengkap pancaindera dan masih bernafas dan bernyawa.

Alhamdullillah.
masih ade lagi tetamu balik umrah dan keluarga dirumah. walaupun ramai dan rumah sempit, Allah tetap bukakan hati mereka untuk terus tinggal. Tetamu itu kan pembawa rezeki. Moga bertambah kaya rezeki kami semua nanti. Moga berkat tetamu balik dari umrah, Allah jemput lagi kak leha satu family dan 10 orang stokis.

Alhamdullillah.
Allah kurniakan akal yang bijak untuk berkongsi. ada sahaja ilmu yang Allah beri. kak leha percaya 1 ilmu kte bagi, 10 ilmu Allah tambah lagi.

Alhamdullillah.
Henpon kak leha masih berfungsi. Bukan satu. Tapi 2 bijik masih teguh berbakti. Alat mencari rezeki yang terlalu banyak tabur budi.

Alhamdullillah.
masih mampu melihat indah ciptaan Illahi. masih bau kesegaran setiap pagi. masih merasai nikmatnya dipilih sebagai ciptaan Allah paling sempurna.

Alhamdullillah.
dikala menaip. Allah masih berikan ilham untuk kak leha taburkan. untuk kak leha panjangkan. moga ilmu ni dapat menjadi sungai pahala untuk kak leha taman syurga yang Allah ciptakan. 

Alhamdullillah.
 Syukran Syukran Syukran.


No comments: